4 Perkara Seelum Tidur

Posted by mas_husnan On Sabtu, 23 Februari 2008 0 disinilah.


4 Perkara Sebelum Tidur

(Tafsir Haqqi)

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Aisyah r.a.: Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum
melakukan empat perkara iaitu:

1. Sebelum khatam Al Quran
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meridoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah:

Ya Rasulullah s.a.w. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Jika engkau tidur bacalah surah Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Membaca selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi
syafaat dihari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

Dan perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu
telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin tolong sebarkan kisah ini kepada Muslim yang lain. Ilmu yang bermanafaat
ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meski pun dia sudah
mati.

0 disinilah.:

Posting Komentar