KEBESARAN AYAT KURSI

Posted by mas_husnan On Selasa, 05 Agustus 2008 0 disinilah.


> Amalkanlah...insyaallah dilindungi Allah selalu.
> Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya
> ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan
> kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
> perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera
> memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
> Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
> sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
> keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah
> dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia, binatang buas yang akan
> memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
> akan
> terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
> Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
> membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
> dengan
> berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
> diberikannya
> pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia
> dari
> segala bencana dengan izin Allah.
> Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50
> kali
> lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
> InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya
> menerima ilmu pengetahuan.
> Untuk amalan kita semua.....
> Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w.
> bersabda
> bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
> hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
> Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi
> Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
> memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
> Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
> sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
> Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
> serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
> Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
> pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
> pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga
> akan
> memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
> Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh
> menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah
> baru
> maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca
> ayat
> Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar
> daripada gangguan lahir dan batin.
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
> tidurnya,
> Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang
> siapa
> membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan
> berada
> dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
> menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang
> siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke
> atas
> rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
> Fardhu,
> Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
> perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan
> padanya
> rahmat.
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
> mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
> dan
> mendoakan baginya.
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
> wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah
> seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
> Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
> niscaya
> Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr
> r.a.
> Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU
> AYAT...."
> Semoga Allah menerima amal ibadah puasa kita...Amin.

0 disinilah.:

Posting Komentar